Jumaat, 27 September 2013

Facebook Kini Membolehkan Anda Menyunting Status Selepas Diterbitkan


Jikalau sebelum ini pihak Facebook telah memperkenalkan sokongan untuk menyunting komen selepas ia diterbitkan, kini ia diperluaskan kepada penulisan status, membolehkan pengguna menyunting dan menerbitkannya dengan mudah.
Sokongan ini diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengguna yang menggunakan aplikasi Facebook pada Android dan juga web.


Sebelum ini, sekiranya tersilap terbit status ataupun terdapat kesalahan ejaan, pengguna terpaksa memadam ia jika ingin membetulkannya – dan membuatkan pengguna terpaksa hilang komen-komen yang telah diterbitkan. Melalui kemaskini ini, ia memudahkan pengguna membuat penyuntingan, tanpa perlu kehilangan apa-apa komen dan juga Like.
Sokongan ini bakal diperluaskan secara berperingkat dan akan diperkenalkan untuk pengguna iOS tidak lama lagi.

regards,

Isteri Mat Yo Mohon Maaf



Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.


“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. “Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

kes isteri mat yo >> KLIK SINI <<

regards,
Azim Farhan

Khamis, 26 September 2013

Tuan Gambar Meminta Maaf Pasal Kucing

Tuan gambar meminta maaf kepada semua pencinta haiwan di atas kesalahan beliau.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=645462408837281&set=a.236829106367282.75592.231131480270378&type=1&theater


Beliau meminta maaf di akaun facebook

Cara Daftar Churpchurp

CARA NAK DAFTAR CHURP-CHURP
1) Pastikan korang telah LOG IN Facebook korang tu dulu.
2) Korang CLICK SINI dulu untuk mendaftar.
3) Lepas tu korang ikot step kat bawah ni:


i) Korang akan dapat page macam ni kan? So, tekan START HERE.

Tekanlah SIGN IN WITH FACEBOOK ^_^

ii) Kalau keluar macam ni pulak, korang LOG IN WITH FACEBOOK.

iii) CLICK ALLOW.

iv) Korang akan di-directedkan ke page macam ni kan? So, tekanlah CONNECT WITH YOUR FACEBOOK ACCOUNT.

v) Click AUTHORIZE WITH TWITTER pulak. Kalau takda Twitter, just click SKIP :)


vi) Okay, bahagian maklumat ni kena isi dengan betul-betul. Jangan tick kotak yang Azim merah kan tu jika anda beragama Islam.
vii) Oh yes, jangan lupa letak nama korang kat URL tu ye :) And then, TICK kotak-kotak tu dan I UNDERSTAND, & CLICK lah UPDATED!

viii) Bacalah ape yang patut dan cuba fahamkan. And then, click I'VE READ THE BRIEF.


Ok sekarang dah pun siap , korang boleh la iklan churp-churp korang k . 

Rabu, 25 September 2013

Akibat Makan Sushi & Sashimi


Inilah akibat memakan sushi & sashimi (ikan mentah, sotong gurita mentah,udang mentah, dan lain-lain). Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, yang berumur 80 tahun telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemui sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.

Ulat yang ada pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya berada didalam tubuh ikan mentah, ikan laut dan ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dengan melalui proses memasak dengan kepanasan yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dengan pembekuan –10 sehingga –20 Darjah Celcius selama lebih dari 1 minggu).

Pesanan :
berhati-hatilah memakan sushi dan sashimi kerana anda mungkin akan menjadi seperti ini jika terlalu banyak memakan makanan mentah seperti itu. Jelaslah disini bahawa Islam itu adalah sempurna. Di dalam Islam umatnya dilarang memakan makanan mentah kerana boleh memudaratkan tubuh badan. Kisah ini jelaslah menunjukkan bahawa agama Islam itu cukup sempurna buat manusia di atas muka bumi ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

regards,

Selasa, 24 September 2013

Video Pengakuan Pak Cik “Guard” Skypark yang Dimaki Hamun Isteri Mat Yo


matyo isteri


Bagi mendapatkan kisah sebenar bagaimana isu ini boleh tercetus, wartawanMynewshub.my berjaya menjejaki pengawal keselamatan yang dimaki hamun menerusi video berdurasi selama 55 saat itu.
Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.
Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.
Jelasnya, pada mulanya pasangan tersebut dilihat berborak hampir 10 minit.
Lalu, kata Azman, dia meminta mereka meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya jika mereka hendak berada lama di situ.
” Saya cakap pada mereka sekiranya lambat lagi, mereka perlu ‘park’ kereta di tempat sepatutnya.
” Dia kemudiannya memaki hamun saya, kata saya ‘tak guna’ sampailah perkataan jantan dayus pun keluar.
” Muka cantik tapi tiada adab, suaminya yang ada di sebelah hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa,” jelasnya di sini hari ini.
Selepas insiden tersebut, Azman berkata, pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak mahu bersalam dengannya walaupun dia cuba berbuat demikian.
” Lepas itu saya nak pergi jumpa lelaki dia, nak minta maaf lebih kuranglah, mungkin saya pun terkasar atau apa-apa.
” Bini dia tetap rakam gambar saya dan maki hamun saya. Saya tak boleh terima dan saya tak nak dia ambil gambar saya, saya tepislah gambar tu (kamera).
” Lepas tu dia keluar, dia tendang saya, lelaki dia tolak saya,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut insiden itu, Azman berkata, dia tidak begitu mengenali lelaki tersebut adalah Mat Yo kerana tidak mengikuti perkembangan bola sepak tanah air.
Difahamkan kedua-dua pihak yang terlibat telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
“Dah report dah, saya buat report, dia pun buat report, sekarang ini saya tunggu (tindakan) dari dia.
“Di sini ada CCTV, bila polis dah tengok, bos saya dah tengok, semua orang dah tengok memang betul bini dia tendang saya (di celah kangkang). Suami dia tolak saya,” jelasnya lagi.
Menurut Azman, isteri Mat Yo juga mendakwa dirinya seorang kerabat sambil menunjukkan plat kereta Mini Cooper yang dipandunya mempunyai lambang kerabat diraja.





regards,

Ahad, 22 September 2013

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...




Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Blaptica Dubia Roaches



1) Pakej Koloni :

A. 4 Betina + 1 Jantan + 35 Nymph (anak)

@ Rm50 Nett 



B. 7 Betina + 2 Jantan + 15 Juvie (remaja)"percuma" + 50 Nymph (anak)

@ Rm80 Nett 



C. 12 Betina + 4 Jantan + 35 Juvie (remaja)"percuma" + 130 Nymph (anak)
@ Rm140 Nett
D. 25 Betina + 6 Jantan + 60 Juvie (remaja)"percuma" + 350 Nymph (anak)
@ Rm270

+ RM10 untuk pos laju :)
+ RM20 untuk Sabah & Sarawak :D



_____________________________________________________________________________________________


Bagaimana untuk membuat pesanan? - Call/WeChat/WhatApps atau SMS saya di 019-2893213 , beritahu saya pakej mana yang awak suka. - Kemudian sertakan slip pembayaran , alamat & nombor telefon . (MMS "jelas" atau Scan)


Klik sini untuk >>PESANAN ATAU PERTANYAAN <<





regards,

Cukup Ke Tidak SG Anda Makan ???

Assalamualaikum , di sini Azim Farhan ade tips sikit nak kongsi :)


Jika terdapat sedikit lebihan makanan utk pagi berikutnya tandanya cukup makanan diberi dan juga semua sihat berselera. Kalau habis licin, mungkin bermakna tak cukup dan anda kena tambah sikit lagi utk makanan malamnya. 

Kena pastikan suggies makan ke tidak kerana kemurungan dan tak mahu makan boleh menjurus kepada pelbagai masalah lain.

regards,

Kisah Dunia Laut

Laut meliputi 70% dari permukaan bumi. Bila kita fikir tentang haiwan yang tinggal di laut, kita selalu terfikir tentang ikan. Sudah tentu yang tinggal di laut adalah ikan, tetapi banyak lagi haiwan yang menjadikan laut sebagai tempat tinggalnya seperti reptilia, mamalia, krutasia dan sebagainya.
Indah kan pemandangan di dunia lautan ^_^



Terdapat 15,000 jenis ikan yang hidup di laut dan kebanyakannya hidup secara berkumpulan. Ikan-ikan biasanya berenang bersama-sama demi keselamatan mereka. Kebiasaanya badan ikan dipenuhi sisik, iaitu kepingan kulit keras seperti tulang yang bertindih antara satu sama lain.
Ada juga ikan yang rupanya sangat aneh dan berbeza. Satu contoh ialah ikan 'mola mola' yang juga merupakan ikan yang sangat berat - ikan 'mola mola' dewasa adalah seberat sebuah kereta Proton Wira, iaitu lebih kurang 1,000 kilogram atau 1 tan!
Ikan Mola-Mola



Mengapa kiita manusia tidak dapat bernafas di dalam air seperti ikan? Ikan bernafas melalui insang dan bukan paru-paru. Oksigen yang larut di dalam air akan diserap oleh ikan apabila air itu melalui insang.


Ini berbeza dengan ikan lumba-lumba. Sebenarnya ikan lumba-lumba tidak boleh bernafas di dalam air kerana ia sejenis mamalia. Tapi bagaimana ia dapat hidup di dalam air? Ikan lumba-lumba perlu ke permukaan air selang beberapa minit dan bernafas melalui lubang udara di atas kepalanya. Ikan lumba-lumba hidup berkumpulan dan gemar melompat keluar dari air dan boleh mencapai 16 kaki tinggi! Ikan lumba-lumba ialah haiwan yang bijak. Ia boleh berkomunikasi dengan memngeluarkan bunyi yang nyaring, membuat bunyi 'klik' dan juga bersiul.

Gambar ikan lumba-lumba yang sebenarnya bukan ikan tetapi mamalia
.

Tahukah Anda:

Contoh mamalia lain yang hidup di air ialah ikan paus dan dugong! Mamalia di darat pula adalah seperti gajah, harimau, tikus, dan kucing.

 
Udang Galah (Lobster)

Bukan semua haiwan yang di laut boleh berenang, contohnya udang galah. Udang galah ialah sejenis haiwan krustasia, iaitu haiwan yang berkulit keras dan bersegmen-segmen. Udang galah menpunyai 10 kaki, sepasang penyepit yang menakutkan dan ia berjalan di dasar laut. Apabila seekor udang galah berasa terancam, ia akan berundur dengan laju dan bersembunyi di bawah batu. Udang galah keluar pada waktu malam untuk makan hidupan yang telah mati di dasar laut. Contoh krustasia yang lain ialah ketam dan kutu kayu.

Ketam boleh didapati dilautan dan didaratan

Penyu juga menghabiskan banyak masanya di laut kerana penyu adalah haiwan pengembara! Penyu boleh berenang beribu-ribu kilometer hanya untuk bertelur. Penyu menggunakan kaki depannya yang leper untuk mengorek lubang di pasir pantai kelahirannya untuk bertelur. Penyu bernafas menggunakan paru-paru dan bukan insang seperti ikan, tapi penyu boleh berada di dalam air selama hampir 5 jam! Walaupun penyu mungkin hampir kelihatan seperti kura-kura, tetapi penyu tidak boleh menyembunyikan kepalanya. Penyu adalah contoh haiwan reptilia seperti buaya dan ular.
Gambar penyu mengembara lautan luas.



Terdapat banyak lagi hidupan lain selain daripada haiwan yang dinyatakan di atas. Mana satu haiwan laut kegemaran anda?
Obor-obor adalah satu lagi haiwan laut yang unik dan pelbagai.


regards,

Sabtu, 21 September 2013

Tikus Meluncur Air Dan Main SkateBoard

                                         

That's awesome baby!!! cuba bayangkan seekor tikus jadi skater..memang pelik
..tapi tak pelik bagi Shane Willmott..Tiga tahun lepas dia mengejutkan dunia dengan tikusnya yang mahir meluncur diatas air..tapi yang tu dulu..sekarang dia ajar tikusnya main Skateboard pulak.Dahh tentula penaja diorang TECH DECK..tak heranlaa kalau tikus ni pandai main skateboard..mana taknya,dalam rumah ada skatepark..korang ada??

#pakai deck flip dengan krooked tuu                                          
             

              

             

             

             

                                         

        

         

                          

                             

            

            



regards,

Flagman Meninggal Di Sepang 21/9/2013



Flagman kat sepang meninggal kena langgar hari ini..
Rider 250 langgar masa finishing...
Pinggang pun dah terpusing
Rider parah..
Marshall meninggal kena langgar
Rider 20/80 internal bleeding


Info: Perlumbaan Motosikal Malaysian Super Series yang berlangsung pada hari ini di Sepang dan esok telah dibatalkan kerana 2 kematian iaitu seorang pelumba 250cc (Melayu) 17 tahun dan Marsyal SIC (India). Kejadian berlaku di pit masuk ke paddock. Punca kejadian masih di siasat. Al- fatihah..
Info dari wasap group DTR-TQ


regards,
Azim Farhan

Jumaat, 20 September 2013

Apa Itu Sugar Glider ?



APA ITU SUGAR GLIDER ?

Sugar Glider (sg)-Haiwan eksotik jenis gliding marsupial kecil. Sugar Glider ni tak da kat malaysia. Ia hanya ada kat area Australia, New guinea,Tasmania dan jugak kat pulau pulau di Indonesia.Walaupun asal sana tapi kat Malysia SG ni tetap boleh hidup dan membiak.
Kat Malaysia memang ade pelihara sugar glider ni, tapi tak la ramai sangat mungkin sebab haiwan ni bukan dari negara ni. Haiwan ni terkenal sebagai haiwan peliharaan yang bersaiz poket sebab saiz dia yang kecik dan comel. SG ni bukan tupai terbang tapi jenis macam kanggaroo sebab yang betina ada kantung kat perut.SUGAR GLIDER AKTIF PADA WAKTU MALAM DAN MENGHABISKAN MASA WAKTU SIANG DENGAN TIDUR. SG memang manja dan boleh mati sebab kesunyian, hmmm.. ada sesaper yang manja macam sugar glider?
NAMA MEREKA BERASAL DARI DUA CIRI-CIRI YANG JELAS IAITU MADU MERUPAKAN PILIHAN UTAMA MAKANAN MEREKA DAN MEMPUNYAI MEMBRAN YANG DI SEBUT PATAGIUM UNTUK DIGUNA SEBAGAI PELUNCUR .
APAKAH PERMAKANAN SG DI ALAM LIAR? GETAH DARI POHON EUCALYPTUS, POKOK ACACIA. POLLEN , MANNA , HONEYDEW , NECTAR DAN SERANGGA KECIL .

BAGAIMANA RUPA SUGAR GLIDER?
SAIZ SUGAR GLIDER DEWASA DARI KEPALA HINGGA BADAN SEKITAR 5 HINGGA 6 INCI PANJANG DENGAN EKOR LEBIH PANJANG DARI BADAN BAGI MEMBANTU KESEIMBANGAN DAN MELUNCUR . BERAT MEREKA BAGI SG JANTAN SEKITAR 100G – 130G DAN SG BETINA SEKITAR 90G
KITARAN HIDUP SG DI ALAM LIAR ANTARA 5-7 TAHUN DAN SG BOLEH HIDUP SEHINGGA 12-15 TAHUN JIKA MEREKA MEMPUNYAI DIET DAN PESEKITARAN YANG BAIK. TETAPI BIASA SG DI AMBIL SEBAGAI HAIWAN EKSOTIK HANYA MAMPU HIDUP SEKITAR 6-8 TAHUN DAN BIASANYA DISEBABKAN POLA PERMAKANAN YANG BURUK DAN RAWATAN YANG TIDAK MENCUKUPI.
BIASANYA SG BERWARNA KELABU ATAU KECOKLATAN DENGAN GARIS HITAN YANG PANJANG SEHINGGA HUJUNG BELAKANG SG DAN HUJUNG EKOR SG BERWARNA HITAM. BAWAH BADAN SG BERWARNA KRIM. SG MEMPUNYAI MATA YANG MENONJOL SEPERTI KEBANYAKAN HAIWAN BERJAGA MALAM AGAR DAPAT MELIHAT RUANG YANG LUAS. SG MEMPUNYAI 5 JARI KAKI DEPAN/BELAKANG DAN KUKU YANG TAJAM . SG MEMPUNYAI PATAGIUM YANG BERSAMBUNG DIANTARA PENGELANGAN TANGAN DAN KAKI AGAR MEMBOLEH SG MELUNCUR.

Domo - Help Select