Ahad, 18 November 2012

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabdaTiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir'.

Jumaat, 27 Julai 2012

Amalan sepanjang hayat





Zikir pagi dan petang

Zikir 1
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Maksudnya : Dengan Nama Allah yang tidak memberi mudharat dengan namaNya sesuatu di bumi dan langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Zikir 2
اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي ، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya : Ya Allah berikanlah kesihatan pada badanku, Ya Allah berikanlah kesihatan pada pendengaranku, Ya Allah berikanlah kesihatan pada penglihatanku, (sesungguhnya) tiada Tuhan melainkan Engkau.

zikir 3
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya : Ya Allah aku berlindung denganMu daripada kekufuran dan kefakiran, Ya Allah aku berlindung denganMu dari azab kubur,(sesungguhnya) tiada Tuhan melainkan Engkau.

zikir 4
يَا حَيُّ يَا قَيُوم بِرحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ أَصْلِحْ لِي شَاْنِي كُلّهُ وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرفَةَ عَينٍ
Maksudnya : Wahai yang Tetap Hidup Yang Kekal memerintah selama-lamanya dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, perbaikilah urusanku kesemuanya, dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata.

zikir 5
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya : Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau

zikir 6
اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءًا أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ
Maksudnya : Ya Allah ! Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu, dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan melainkan Dikau, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dan dari kejahatan syaitan dan sekutunya dan daripada usaha diriku untuk melakukan kejahatan atau lindungilah ia ketempat yang selamat

zikir 7
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا واْلآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي ، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي ، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِيْ وَعَنْ يَمِينِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ وَمِنْ فَوْقِيْ وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ
Maksudnya : Ya Allah ! Aku memohon kepadaMu kesejahteraan di dunia dan di akhirat, Ya Allah aku bermohon kepadaMu keampunan dan kesejahteraan pada agamaku dan duniaku dan keluargaku dan hartaku, Ya Allah ! tutupkan auratku dan amankanlah pada akalku, Ya Allah ! Peliharalah akan daku di antara kedua tanganku, dan dari belakangku dan dari tepi kananku dan kiriku dan dari atasku dan aku berlindung dengan kebesaranMu

Zikir 8 (dibaca waktu pagi)
اللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ أَمْسَيْنَا وَبِكَ نَحْيَا وَبِكَ نَمُوتُ وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
Maksudnya : Ya Allah , DenganMu kami hayati waktu pagi kami dan denganMu kami hayati waktu petang kami dan denganMu kami hidup dan denganMu kami mati dan kepadaMu kami kembali

 Zikir 9 (dibaca waktu petang)
اللَّهُمَّ بِكَ أَمْسَيْنَا وَبِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ نَحْيَا وَبِكَ نَمُوتُ وَإِلَيْكَ النُّشُورُ
Maksudnya : Ya Allah denganMu kami hayati petang, dan denganMu kami hayati pagi, dan dengan kekuasaanMu kami akan mati dan kepadaMu kami akan dibangkitkan

Zikir 10
أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الإِسْلاَمِ وَعَلَى كَلِمَةِ اْلإِخْلاَصِ وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيْمَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ
Maksudnya : Kami hayati pagi ini di atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimah ikhlas. Dan berpegang kepada agama Nabi kami Muhammad S.a.w yang juga agama ayah kami Ibrahim dengan setulus hati. Dan Ibrahim bukanlah seorang yang musyrik

 Zikir 11
أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى الْمُلْكُ لِلَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّه لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَسُوءِ الْكِبَرِ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ
Maksudnya : Kami hayati petang kami dan petang yang Kekuasaan bagi Allah, dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa Yang tiada sekutu bagiNya, baginya Kekuasaan dan baginya Kepujian, dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu, Ya Tuhanku ! Aku memohon kepadaMu, kebaikan yang terdapat pada malam ini, dan kebaikan apa yang selepasnya, dan aku berlindung denganMu dari kejahatan yang terhadap pada malam ini dan kejahatan apa yang selepasnya, Tuhanku aku berlindung dengan Engkau daripada kemalasan dan keburukan besar diri, Tuhanku aku berlindung denganMu daripada azab neraka dan azab kubur

Zikir 12
أَصْبَحْتُ أُثْنِي عَلَيْكَ حَمْدًا ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله
Maksudnya : Kami hayati pagi kami dengan memuji ke atas Engkau pujian, dan aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah

Zikir 13
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدهِ
Maksudnya : Maha Suci Allah dan dengan memujiNya

Zikir 14
لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ مُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya kepujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu.

Zikir 15
سُبحَانَ الله وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Maksudnya : Maha Suci Allah dengan memujiNya sebanyak makluk ciptaanNya serela hatiNya seberat timbangan ArasyNya dan sebanyak tinta KalimahNya

zikir 16
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق
Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang jahat

Rabu, 25 Julai 2012

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.





  1. Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Tips Melupakan Si Dia


  • jangan hubungi dia lagi & seboleh-bolehnya andai dia menghubungi kamu , elakkan berbual panjang dan cakap yang perlu sahaja . 
  • cuba renggangkan sedikit demi sedikit jarak antara kamu berdua .
  • berikan pelbagai alasan apabila si dia mengajak kamu keluar .
  • cari teman baru untuk melupakan pandangan & cinta kamu pada si dia .
  • elakkan bersendirian kerana apabila kamu kesunyian , kamu akan mengingati si dia.


Kisah seorang banduan


Kisah seorang banduan: Tanpa ilmu, aku jadi begitu

Oleh Muhammad Azim Farhan Hussein

SEWAKTU sambutan Ma'al Hijrah yang berlangsung bulan lalu, surau di kawasan perumahan tempat saya tinggal telah mengadakan program ceramah dan qiamullail. Program kali ini agak luar biasa sedikit. Yang luar biasa tu bukan acaranya kerana mengadakan majlis ceramah sempena kedatangan tahun baru hijrah adalah perkara biasa. Tetapi yang luar daripada kebiasaan adalah penceramahnya.

Kebiasaannya yang datang berceramah di majlis sambutan Ma'al Hijrah adalah orang lulusan agama, tidak kiralah sama ada mufti, pegawai jabatan agama Islam, pensyarah Pengajian Islam, guru agama atau pendakwah bebas. Bagaimanapun, penceramah yang dijemput ke surau itu pada malam berkenaan adalah bekas banduan. Ya, bekas banduan. Sebab itu saya katakan luar biasa. Banduan itu juga bukan calang-calang orang kerana berada di dalam penjara selama 30 tahun 11 bulan 9 hari, menjadikannya banduan paling lama ditahan di negara ini.

Jika ada antara kita yang masih ingat, berita mengenai pembebasannya pernah dilaporkan secara meluas oleh media massa ketika itu. Bahkan baru-baru ini pun sebuah stesen televisyen turut menyiarkan rencana mengenai kisah pembabitan dan penahanan beliau bersama rakannya.


Banduan berkenaan, Jamil Ahmad (gambar) dibebaskan daripada penjara pada 3 Oktober 2006 selepas mendapat pengampunan daripada Sultan Kedah. Turut dibebaskan bersamanya pada hari yang sama adalah rakannya, Mohd Salleh Taib, 59. Mereka berdua dijatuhi hukuman penajara sepanjang hayatpada 1976 selepas didapati bersalah melakukan rompakan bersenjata di Baling, Kedah. Metika itu Jamil berusia 26 tahun dan Mohd Salleh pula 27 tahun.


Bagi saya, Jamil yang lebih mesra dengan panggilan Pak Long Jamil, adalah contoh hidup penghijrahan dari segi sikap kerana seperti diakui sendiri oleh beliau, bukanlah mudah bagi seorang banduan yang dibebaskan untuk diterima kembali oleh keluarga dan masyarakat. Namun, Pak Long Jamil tidak menyalahkan keluarga dan masyarakat jika berlaku keadaan sedemikian kerana baginya ia berpunca daripada sikap banduan itu sendiri.



Pak Long Jamil sebenarya adalah anak kepada seorang anggota polis. Bagaimanapun, katanya, sejak kecil lagi dia tidak berminat dengan persekolahan. Dia tidak pernah menyalahkan orang tuanya, namun dia mengakui kekerapan berpindah mengikut bapanya yang bertukar tempat kerja, menyebabkan persekolahannya terjejas.


Ketika di tingkatan satu, Pak Long Jamil mula bercampur dengan remaja yang disifatkannya liar iaitu mereka yang tidak mahu balik ke rumah, sebaliknya bergelandangan di pasar. "Jika di Kelantan dan Terengganu, mereka berada di kuala, menunggu nelayan balik dari laut dan mencuri ikan. Bukan secara curi-curi, bahkan berdepan. Kemudian dijual. Pada 1960-an, jika mendapat RM10, sudah cukup besar kerana gaji kuli ketika itu baru RM4 sehari. Bayangkan jika boleh dapat RM50 hingga RM60. Terpengaruh dengan wang ringgit!" katanya.


Bermula dari situ, Pak Long Jamil kemudian terbabit pula dengan kegiatan pecah rumah. Ketika itu, katanya, beliau langsung tidak ingat mengenai pelajaran dan ibu bapa. Ketika usianya meningkat 18 tahun, beliau mengikut bapanya ke Pulau Pinang. Ketika itu sekitar 1970-an. Kumpulan gengster memang sudah wujud dan kuat ketika itu. Pak Long Jamil juga ada kumpulannya sendiri. Beliau mula terbabit dengan ganja dan heroin. Merasakan kumpulannya belum kuat, Pak Long Jamil berazam memperkukuhkannya dengan melengkapkan anggotanya dengan senjata api. Dengan pemilikan senjata api itu, kumpulannya melakukan pelbagai kegiatan jenayah lain lagi.


Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat.


Beliau ditahan di Penjara Alor Setar. Mengikut Pak Long Jamil, pada peringkat awal ditahan, beliau masih lagi ganas. "Tidak ada rasa takut kepada sesiapa pun. Saya pernah merancang komplot untuk menawan penjara untuk melepaskan diri dan semua pesalah yang ditahan. Namun, nasib tidak menyebelahi kerana rancangan itu dihidu lebih awal oleh pihak penjara," katanya. Rancangan itu berjaya dihalang dan Pak Long Jamil diasingkan daripada banduan lain selama tiga bulan.


Selepas itu, Pak Long Jamil dihantar ke Taiping. Di sana, dalam satu pergaduhan, beliau membunuh seorang tahanan. Akibatnya beliau diasingkan sekali lagi selama setahun. Tetapi kali ini dalam sebuah bilik kecil dan gelap yang hanya mempunyai dua lubang. Ketika itulah, seorang pegawai agama Jabatan Penjara datang menemuinya yang akhirnya membuka pintu hati dan mindanya untuk berubah.

"Semuanya berpunca kerana tidak ada ilmu." Itulah kesimpulan yang dibuat oleh Pak Long Jamil. Katanya, disebabkan benci kepada ilmu, dia tidak mahu bersekolah. Kerana tidak berilmu, dia terjerumus dengan remaja yang liar. Kerana tidak ada ilmu juga, dia tidak pernah mendirikan solat. Bahkan dia tidak pernah pun belajar mengaji al-Quran dan solat.


Mujurlah di dalam penjara dia dipertemukan dengan pegawai berkenaan. Dalam tempoh setahun itu, ketika dikurung seorang diri dalam bilik berkenaan, Pak Long Jamil segera insaf akan dirinya dan membuat keputusan untuk berubah. Di dalam bilik itulah dia belajar mengaji dan solat.


Ketika Pak Long Jamil dibebaskan, kedua-dua orang tuanya sudah meninggal dunia. Dia tidak sempat berjumpa mereka. Bahkan tidak berkesempatan pun untuk menziarahi jenazah mereka kerana berada di penjara.


Sewaktu berceramah pada malam itu, ketika melafazkan kata-kata, "Saya bersalah kerana menderhaka kepada ibu bapa. Namun saya mengharapkan keampunan daripada Allah. Saya percaya tidak ada ibu bapa yang bencikan anak mereka," air matanya jelas kelihatan mengalir di sebalik cermin mata yang dipakainya. Nadanya penuh sebak dan sayu!


Namun dia tetap tabah meneruskan ceeramahnya sebagaimana dia tabah meneruskan kehidupannya hari ini. Pak Long Jamil memang contoh hidup manusia yang berhijrah daripada kehidupan yang gelap gelita kepada kehidupan yang diterangi cahaya - hidayah dan petunjuk. Dia membuktikan tanggapan bahawa bekas tahanan penjara tidak boleh berubah adalah salah. Bahkan dia percaya, masyarakat boleh menerima bekas banduan asal saja mereka benar-benar berubah dan tidak kembali kepada perangai dan sikap lama mereka.


Kini, dengan berbekalkan ilmu yang mula dipelajarinya ketika di dalam penjara, Pak Long Jamil sudah memulakan kehidupan baru. Beliau sudah berkeluarga dan mempunyai pekerjaan. Bahkan dia sedikit un tidak segan silu mengakui siapa dirinya. Dengan saki baki usia yang masih ada, Pak Long Jamil kini giat membantu memberi kesedaran kepada mereka yang terjerumus ke dalam kancah jenayah. Pak Long Jamil kini kerap keluar masuk penjara kerana dijemput memberi ceramah motivasi dan kesedaran kepada tahanan di samping ceramah yang disampaikan kepada pelajar dan masyarakat.


Pak Long Jamil masih ingat lagi pesanan arwah ibunya supaya berbakti kepada manusia selepas dibebaskan daripada penjara. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan kehidupan Pak Long Jamil untuk meneruskan usaha baktinya.


ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"


7 Tips Hadapi Ujian Allah


Setiap manusia ada ujiannya masing-masing. Bila kita guna perkataan 'setiap' maksudnya semuanya tanpa terkecuali la kan? Dan 'manusia' merujuk kepada orang, human being,homo sapiens. Dan andaikata kita mengaku sebagai seorang yang beriman, lagi-lagi la kan. Allah dah cakap beribu tahun dahulu dalam surah Al-Ankabut ayat 2, "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?". Bagi yang meneyertai perjuangan untuk menegakkan agamaNya, lagi-lagi la kan. Allah dah lama bagi 'warning' tentang ujian dalam jalan tarbiyah dalam ayat 31, Surah Muhammad, "Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu". Ujian demi ujian. Tapisan demi tapisan. 


Lumrah manusia bila diuji, akan rasa teruk dan down. Kadang-kadang sampai tahap tak tahu nak fikir apa dan buat apa. Sekadar ingin berkongsi apa yang dikongsi oleh insan lain bagaimana kita boleh hadapi ujian-ujianNya. 


  • Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
  • Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda,“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)
  • Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
  • Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)
  • Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
  • Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)
  • Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)



Pahala Seorang Wanita


Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... .
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari..
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat..
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.
Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat
hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika
ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa
pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,
bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang
memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,
dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,
kaki, badan,etc... .
Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.
Hadis nabi mengenai wanita ,Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Nilai Seorang wanita solehah ,Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang
menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya
.
Insya - ALLAH.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat
jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik
dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan
menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya
bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan
baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan
jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya".
Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" Ibnu - Majah.


Apa tugas Malaikat Jibril kini?




Sebagai orang ISLAM yg beriman ,kita tau bahwa tugas malaikat jibril
menyampaikan wahyu kepada Nabi dan Rasul,tapi apa yg dilakukan malaikat
Jibril sekarang??

ada 10 tugas malaikat jibril sekarang ini:

1. Mengangkat keberkahan dimuka bumi ini,orang tak ada lagi yg percaya namanya berkah.

2. Mengangkat cinta dihati para makhluk,maksudnya cinta yg suci karena Allah saja.

3. Mengangkat rasa kasih sayang dari para kerabat.

4. Mengangkat sifat rasa adil dari pemerintah.

5. Mengangkat sifat malu dari para perempuan ,sehingga mereka tak tau malu lagi dengan dandanan mencolok.

6. Mengangkat sifat sabar dari fakir miskin.

7. Mengangkat sifat pemurah dari orang-orang kaya.

8. Mengangkat sifat Wara' ulama sehingga ia menjual agamanya sendiri untuk kepentingan pribadinya sendiri.

9. Mengangkat Alquran(tidak ada lagi yg bisa membaca Alquran).

10. Diangkatnya Iman dari seluruh bumi ini yg akan menyegerakan kiamat.
___________________________________________________________


Itulah tugas malaikat jibril,setelah lepas dari tugas menyampaikan wahyu.
Sebagai orang ISLAM yg beriman ,kita tau bahwa tugas malaikat jibril
menyampaikan wahyu kepada Nabi dan Rasul,tapi apa yg dilakukan malaikat
Jibril sekarang??
ada 10 tugas malaikat jibril sekarang ini:

1. Mengangkat keberkahan dimuka bumi ini,orang tak ada lagi yg percaya namanya berkah.

2. Mengangkat cinta dihati para makhluk,maksudnya cinta yg suci karena Allah saja.

3. Mengangkat rasa kasih sayang dari para kerabat.

4. Mengangkat sifat rasa adil dari pemerintah.

5. Mengangkat sifat malu dari para perempuan ,sehingga mereka tak tau malu lagi dengan dandanan mencolok.

6. Mengangkat sifat sabar dari fakir miskin.

7. Mengangkat sifat pemurah dari orang-orang kaya.

8. Mengangkat sifat Wara' ulama sehingga ia menjual agamanya sendiri untuk kepentingan pribadinya sendiri.

9. Mengangkat Alquran(tidak ada lagi yg bisa membaca Alquran).

10. Diangkatnya Iman dari seluruh bumi ini yg akan menyegerakan kiamat.

Itulah tugas malaikat jibril,setelah lepas dari tugas menyampaikan wahyu.

Selasa, 24 Julai 2012

Allah Mencintai Kita








Rasulullah Shalllallahu'alaihiwasallam telah pun bersabda dalam hadis qudsi , Allah berfirman: "Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang telah Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah sehingga Aku mencintainya.”
(Riwayat al-Bukhari).


(di izinkan untuk 'share'/nak 'copy' mane2 gambar atau mane2 nota untuk di post di akaun sendiri..)
 

Tanda-Tanda Kematian


100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). 
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
Bila Malaikat Mencabut Nyawa
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Allah'wualam..semoga bermfaat dan mjadi peringat kdp kite semua yg masih hidup

Nabi Yang Di Beri Kitab





1 REJAB 1432 

Adalah wajib beriman kepada semua kitab yang diturunkan ALLAH kepada para Nabi pilihan NYA. Tidak semua Nabi diberi kitab. Ada Nabi diberi sukhuf sahaja. Ada Nabi diberi kitab dan juga sukhuf. Begitu juga tidak semua Nabi yang diberi kitab itu membawa syari'at (undang-undang).

SUKHUF

Sukhuf adalah lembaran-lembaran yang tidak lengkap. Menurut para ulama, terdapat 110 sukhuf yang diturunkan kepada beberapa orang Nabi. Para Nabi yang menerima sukhuf ada 5 orang sahaja.

Nabi-Nabi yang menerima sukhuf. 

1) Nabi Adam as. menerima 10 sukhuf.
2) Nabi Idris as. menerima 30 sukhuf.
3) Nabi Shith as. menerima 50 sukhuf. ~ *Nabi Shith adalah cucu Nabi Nuh as.
4) Nabi Ibrahim as. meneriam 10 sukhuf.
5) Nabi Musa as. menerima 10 sukhuf.

KITAB 

Wajib beriman kepada 4 buah kitabullah yang utama yang diturunkan kepada 4 orang Nabi pilihan. Tidak semua kitab yang diturunkan kepada para Nabi mengandungi syari'at atau undang-undang. Dan tidak semua Nabi yang diberi kitab akan menjadi Rasul iaitu menyebarkan syari'at.

Bagi umat Nabi Muhammad saw. kita hanya wajib perpegang kepada syari'at Islam yang terkandung di dalam kitab al-Quran. Ini adalah kerana kitab-kitab yang lain yang ada pada hari ini telah diubah suai isi kandungannya oleh tangan manusia.

Nabi-Nabi yang menerima kitab ada 4 :-

1) Nabi Daud as. menerima kitab Zabur.
Kitab Zabur 
Kitab Zabur adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Daud as. dalam bahasa Qibti. Kitab Zabur adalah untuk orang-orang Subha. Kitabnya besar tetapi tidak mengandungi sebarang hukum syari'at mengenai kewajipan beribadat mahupun perintah suruh atau larangan. Kitab Zabur hanya mengandungi doa-doa, pujian-pujian serta zikir-zikir kepada ALLAH serta cerita-cerita dari wahyu ALLAH. Maka itu Naib Daud as adalah Rasul yang tidak membawa kepada kaumnya.

2) Nabi Musa as. menerima kitab Taurat.
Kitab Taurat 
Diturunkan kepada Nabi Musa as. dalam bahasa Ibrani (Hebrew) untuk kaum Yahudi. Ia mengandungi hukum hakam syari'at dan juga akidah. Syari'at Taurat disebut dengan nama 10 perjanjian.

3) Nabi Isa as. menerima kitab Injil.
Kitab Injil 
Diturunkan kepada Nabi Isa as. dalam bahasa Syriani untuk kaum Nasrani (Kristian). Kitab Injil mengandungi syari'at, akidah serta perkhabaran tentang kelahiran Nabi akhir zaman.

4) Nabi Muhammad saw. menerima kitab al-Quran.
Kitab al-Quran 
Diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. dalam bahasa Arab bagi semua kaum dan bangsa yang ada di atas muka bumi ini termasuk sekelian manusia dan jin. Al-Quran merupakan mukjizat serta penawar kepada manusia dan akan tetap terpelihara oleh ALLAH swt sampai Hari Kiamat. Mengandungi ajaran akidah, syari'at, cerita-cerita serta perkhabaran tentang kedatangan kiamat serta keadaan di Hari Pembalasan. Mudah dibaca dan dihafal walau tidak fasih berbahasa Arab. Bahasa al-Quran adalah bahasa Syurga.

SYARI'AT 

Syari'at adalah hukum atau undang-undang ALLAH yang diturunkan kepada Nabi-Nabi pilihan supaya disebarkan dan disampaikan kepada umat. Nabi-Nabi yang menerima syari'at diberi pangkat Rasul. Tetapi tidak semua Nabi yang membawa syari'at diberi kitab dan tidak semua Nabi yang diberi kitab akan membawa syari'at.


Susunan para Nabi dengan sukhuf, kitab dan syari'at. 

1) Nabi Adam as.

  • menerima 10 sukhuf
  • tidak diberi kitab
  • membawa syari'at pertama bagi manusia
  • seorang Rasul
2) Nabi Idris as.
  • menerima 30 sukhuf
  • tidak diberi kitab
  • tidak membawa syari'at
  • bukan seorang Rasul
3) Nabi Shith as.
  • menerima 50 sukhuf
  • tidak diberi kitab
  • tidak membawa syari'at
  • bukan seorang Rasul
4) Nabi Nuh as.
  • tidak menerima sukhuf
  • tidak diberi kitab
  • membawa syari'at kedua bagi manusia
  • seorang Rasul
5) Nabi Ibrahim as.
  • menerima 10 sukhuf
  • tidak diberi kitab
  • membawa syari'at
  • seorang Rasul
6) Nabi Daud as.
  • tidak menerima sukhuf
  • diberi kitab Zabur yang mengandungi zikir dan puji-pujian terhadap ALLAH sahaja.
  • tidak membawa syari'at
  • bukan seorang Rasul
7) Nabi Musa as.
  • menerima 10 sukhuf
  • diberi ktab Taurat yang mengandungi hukum hakam bagi kaum Yahudi.
  • membawa syari'at bagi orang Yahudi
  • seorang Rasul
8) Nabi Isa as.
  • tidak menerima sukhuf
  • diberi ktab Injil yang mengandungi hukum hakam bagi kaum Nasrani.
  • membawa syari'at bagi orang Nasrani
  • seorang Rasul
9) Nabi Muhammad saw.
  • tidak menerima sukhuf
  • diberi kitab suci al-Quran yang mengandungi hukum hakam bagi semua umat manusia.
  • membawa syari'at Islam
  • seorang Rasul
Domo - Help Select