Rabu, 23 Oktober 2013

Setelah sekian lama kita di tipu.. Inilah kisah yang perlu kita ketahuinya. Sedarlah wahai umat Islam!

Kalau fikir2 , video yg aku tengok ni logik jugak . Kita semua dah ditipu oleh org yg mengemukakan tentang Sejarah . Zaman Paleolitik semua ni penipu sebenarnyer !!
Tak percaya ? Aku pon tk percaya . Tapi cuba fikir , Nabi Adam manusia pertama sudah pndai berpakaian dan bercakap dan pada zaman nabi yg lain sudah terbina masjid Al-Aqsa dan bangunan lain . Manakala Zaman Paleolitik , Zaman Neolitik dan Zaman Gangsa ni menerangkan manusia zaman dlu tidak pandai mencipta sesuatu , menetap didalam gua dan tidak berpakaian . Masih tidak percaya ? Tengok video ni .

[SEBARKAN!]


Kalau nak share , boleh tekan SINI dulu kemudian SHARE

Isnin, 21 Oktober 2013

Lapan Gambar Anakonda dalam Air








Pernah minum dan makan 'pearl' didalam Bubble tea? Wajib baca

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera readers :)

Admin dah lame dengar pasal kes ni, tapi tak tau lah nak percaya o tak, tapi baru2 ni admin ade tengok kat berita yang kerajaan menghentikan kemasukkan dan penggunaan benda ini disebabkan penggunaan barang terlarang di dalam pembuatan dia. Admin ada google cari fakta2 tentang kes ini, Ni yang admin dapat, moga bermanfaat ye.



  1. Memakan pearl didalam buble tea adalah sama dengan memakan plastik kerana Pearl dibuat dari serbuk casava yang membawa kepada kerunan sianida.
  2. Protein Sekoi(Mullet) di tambah didalam ramuan pearl ini untuk menambah kekenyalan dan ketahanan pearl. Protein ini adalah sejenis bedak plastik and again, it is a plastik ok!!! Plastik tidak boleh dihadam oleh badan kita maka ia akan menjadi bahaya didalam tubuh badan kita.
  3. Menurut pakar2, terdapat banyak mineral berbahaya didalam penggunaan pearl ini antaranya plumbum, arsenik dan tembaga.
  4. Pengambilan berlebihan akan memberi pelbagai kesan kepada kesihatan kita seperti kerosakan buah pinggang dan sakit jantung.
  5. Bukan sekadar wujudnya karsinogen biphenyls aspolychlorinated, ada juga bahan lain seperti styrene, acetophenone dan brominated yang mana seharusnya bahan itu tidak ada dalam bahan makanan. Menurut pengkajinya, Manfred Moller bahan tersebut secara perlahan akan mengganggu kekebalan tubuh, gangguan sistem reproduksi, kerosakan sistem saraf dan kekacauan sistem endorkin.
  6. Menghisapnya melalui sedutan yang besar, bebola kenyal itu akan masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru. Atas faktor kesihatan, Jerman sudah mula memperingatkan masyarakat untuk menghindari produk itu.


Mohon Share pada rakan2 ye...

PENTING!!! Terdapat banyak syarikat yang telah membuat ujian terhadap pearl mereka dan ada yang lulus... Adalah lebih elok jika kita melihat kelulusan itu dahulu sebelum kita minum. Admin tak cakap semua syarikat yang mengeluarkan berbahaya, akan tetapi kebanyakkan syarikat kantoi ujian makmal, sebab tu sampai kecoh kat TV...  semua terletak pada tangan sendiri ye. Admin jus sharing the info that i got!!!...heheheeh.....

Kapal Selam timbul di tengah jalan raya di Milan

Kehadiran penduduk Milan melihat sesuatu yang pelik pada kejadian 1 october pagi semalam.

Apakah motif di sebalik kejadian kapal selam muncul di tengah Bandar Milan ini?


Berkecai persekitaran permukaan jalan dengan anggota bomba sendiri bingung melihatnya. 


Apa sudah jadi broSeorang yang muncul dari menara kapal selam untuk bertemu dengan ahli bomba yangmemanjat tangga.


Khamis, 10 Oktober 2013

Pesawat domestik Mas Wing terhempas di Kudat

10/10/2013

KOTA KINABALU: Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis twin Otter milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di lapangan terbang Kudat di bahagian Utara Sabah.

Kejadian berlaku lebih kurang pada 2.55 Petang hari ini, 10 Oktober 2013.

Menurut sumber, difahamkan juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang.

Semua penumpang telah dikejarkan ke hospital Kudat untuk rawatan segera.

Pegawai MASWINGS ketika dihubungi mengatakan akan memberi info lanjut kerana masih dalam proses mengumpul maklumat sebelum memberikan kenyataan rasmi.

Spekulasi awal mengatakan bahawa pesawat tersebut terbabas akibat dilanda angin kencang.

Menurut ketua misi menyelamat, Abd Mujun, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang.

Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.

Rabu, 9 Oktober 2013

Menarik! Manusia Pertama Hidup Tanpa Jantung


Craig Lewis menjadi manusia pertama di dunia yang boleh tetap hidup walaupun tanpa jantung di dadanya. Semua ini berkat rawatan menakjubkan yang dilakukan oleh dua doktor dari Texas.
Doktor Billy Cohn dan Bud Frazier dari Texas Heart Institute berjaya menukar jantung milik Craig Lewis dengan sebuah alat pam yang berfungsi SEPERTI jantung manusia.
Jantung buatan ini telah menyelamatkan nyawa lelaki berusia 55 tahun itu dari penyakit amyloidosis, sebuah penyakit yang menyebabkan tubuhnya menghasilkan protein abnormal. Protein-protein in
dapat memenuhi organ tubuh hingga organ tersebut berhenti bekerja.

Kini, Lewis boleh dikatakan sebagai manusia tanpa jantung pertama yang berjalan di muka bumi. Tak hanya itu, jantung buatan tersebut membuat lelaki ini tak mempunyai denyut nadi. Hal ini kerana cara kerja jantung buatannya yang tak berdegup seperti jantung asli, melainkan hanya mengepam darah terus menerus tanpa henti. Tapi bagaimanapun hasilnya, selama alat ini berfungsi, Lewis akan tetap hidup walaupun tanpa degup jantung dan denyut nadi.

Yang membimbangkan adalah kerana tak mempunyai denyut jantung mahupun denyut nadi, jika pak cik ini tiba-tiba pengsan, dan orang yang menolongnya tidak mengetahui riwayat kesihatannya, boleh saja Lewis langsung dikatakan meninggal. Padahal ia masih hidup. Bayangkan kekacauan yang berlaku jika ia tiba-tiba bangun di bilik mayat pada malam hari di hospital.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Bahaya Menyebar Hadis Palsu


Peringatan Keras Daripada al-Quran & al-Sunnah
Kepada Para Periwayat & Penyebar Hadith Palsu

Firman Allah Subhanahu-wa-Ta’ala : “Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim” [Surah al-A’am : 144]

Firman Allah Subhanahu-wa-Ta’ala “Pada hari kiamat engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah muka-muka mereka hitam” [Surah az-Zumar : 60]

Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam dalam salah satu khutbahnya yang dikhabarkan oleh Abu Qatadah radhiallahu-‘anhu:

“Aku mendengar Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam bersabda di atas mimbar ini : Hendaklah kamu sekalian menjauhi (daripada) terlalu banyak menyampaikan hadith daripada aku. Maka barangsiapa yang menyampaikan sesuatu (hadith) daripadaku – hendakah dia menyatakan yang sebenar-benarnya (sahih). Dan barangsiapa yang mengada-adakan dusta atas namaku padahal aku tidak (pernah) mengatakannya – maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di neraka” [Sunan Ibnu Majah – no: 035]

Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam : “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari 1/439 dan Muslim 1/10. Hadith ini adalah mutawatir – Lihat : Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadith, ms. 239]

Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam : “Jangan kamu berdusta ke atasku. Barangsiapa yang berdusta ke atasku maka dia masuk neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari 1/52 dan Muslim 1/10]

Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam: “Barangsiapa yang berbohong dengan menggunakan namaku maka dia telah menempah tempat duduknya dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 1291 dan Muslim – no: 4]

Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam: “Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 109]

Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam: “Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang memberitahu kamu tentang hadith yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah” [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya – no: 15]

Pernyataan Para ‘Ulama Hadith Mengenai Wajibnya Mengetahui Dan
Menjelaskan Kedudukan Sanad Hadith Semasa Menyebarkannya

Adalah tidak dibolehkan seseorang itu menyebarkan sesebuah hadith yang tidak dapat dipastikan kedudukan sanadnya. Al-Syu’aib al-Arna’uth berkata:

Sesungguhnya seorang ulama hadith Syam, Badruddin al-Hasani telah berkata, tidak harus menyandarkan sesebuah hadith kepada Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam kecuali apabila dinyatakan kesahihannya oleh seorang huffaz yang dikenali. Sesiapa yang berkata, Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam telah bersabda, sedangkan dia tidak tahu kesahihan hadith tersebut dibimbangi dia termasuk dalam hadith yang menyebut: “Sesiapa yang berdusta ke atasku sesuatu yang aku tidak ucapkan, maka siap sedialah tempat duduknya dalam neraka”[Syu’aib al-Arna’uth, (nota kaki) Siyar A’lam al-Nubala’ 19/340]
Selain itu, al-Imam al-Thohawi (w321H):

“Sesiapa yang menyampaikan hadith daripada Rasulullah berdasarkan sangkaan (atau tidak pasti), bererti dia menyampaikan hadith daripada baginda secara tidak benar. Sesiapa yang menyampaikan hadith daripada baginda secara tidak benar bererti dia menyampaikan hadith daripada baginda secara batil. Sesiapa yang menyampaikan hadith daripada baginda secara batil (maka) dia berdusta ke atas baginda sebagaimana seorang pendusta hadith. Mereka termasuk dalam sabdanya Nabi shalallahu-‘alaihi-wasallam “Sesiapa yang berdusta ke atas aku maka dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka”. Kami berlindung daripada Allah Ta’ala daripada sedemikian” [Musykil al-Atsar(diteliti oleh Muhammad ’Abd al Salah Syahin; Dar al Kutub al Ilmiah, Beirut, 1995) jilid 1, ms. 123]

Tegasnya, hendaklah seseorang itu terlebih dahulu mengetahui apakah sumber periwayatan serta kedudukan/status sanad hadith (sekadar mampu) tersebut sebelum menyampaikannya kepada orang. Firman Allah Subhanahu-wa-Ta’ala :

“Dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan Allah dengan apa yang Allah tidak turunkan sebarang bukti (dalil yang membenarkannya) dan (diharamkan-Nya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak tahu [Surah al’Araf : 33]

Menurut ‘Abdullah bin al-Mubarak, beliau berkata:

“Sanad itu adalah sebahagian daripada al-Din (agama). Kalaulah tidak kerana sanad, sesiapa pun akan bercakap apa sahaja yang dia mahu (sekalipun tidak benar) [Riwayat Muslim 1/10]

Mungkin ada yang bertanya, apakah boleh menyandarkan sesuatu hadith yang sudah jelas kedudukan sanadnya sebagai palsu atau dha’if ke atas nama kemuliaan baginda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam dengan alasan kerana inti matan atau teksnya mengandungi sesuatu pengertian yang baik?. Bagi menjawab persoalan ini, cukuplah rasanya penulis menukilkan perkataan Syaikh Jamaluddian al-Qasimi (w1322H) berikut sebagai penjelasan:

“Terdapat tujuan (yang sangat mustahak mengapa) para imam hadith menerangkan tentang sanad dan kelemahannya. Ia lebih besar daripada tujuan menggalakkan ibadah, puasa dan solat. Iaitu untuk membebaskan dan memelihara syariat yang suci daripada sebarang penambahan (atau perubahan). Ini merangkumi penambahan yang baik atau buruk. Apakah lagi keburukan yang lebih besar akan masuk ke dalam syariat yang suci ini daripada dibuka ruang untuk para pendusta mencipta apa sahaja yang mereka suka? Tanpa membezakan antara yang benar dan bohong? Kemudian, siapa yang sanggup namanya digunakan oleh penulis lain bagi membolehkan mereka menulis apa sahaja yang mereka sukai mengenai pemikiran atau perkataan, sekalipun ia (bermaksud) baik? Siapa pula yang menerima jika seseorang berdusta menggunakan nama menteri atau ketua dengan mengeluarkan sesuatu ketetapan atau edaran bersama dengan tanda tangannya? Bolehkah semua itu diterima dengan baik tanpa menganggapnya mempersendakan undang-undang, didenda atau sekurang-kurangnya dibantah? Siapa pula yang dapat bayangkan bahawa dia boleh mengada-adakan suatu perintah tertinggi dan menghebahkannya seakan-akan ia (suatu arahan yang sah) daripada sultan, namun (adakah) dia tidak dihukum (kerana berdusta ke atas nama sultan)? Jika demikian, siapa pula muslim yang dibenarkan untuk berdusta kepada Rasulullah?”[Al-Qasim, Qawaid al-Tahdith, ms. 165]

Jelasnya, menyebarkan sesuatu hadith sekalipun dengan tujuan yang baik sedangkan telah jelas akan kelemahan atau kepalsuannya di sisi para ilmuan adalah tidak dibenarkan. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam :
“Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith mengenaiku sedangkan dia mengetahui kepalsuannya maka dia tergolong (dalam kalangan) orang-orang yang berdusta” [Diriwayatkan oleh Muslim 1/222 – no :1]

Sebagai tambahan, elok rasanya penulis nukilkan pernyataan seorang ulama’ hadith terkemuka dalam mazhab Syafi’e iaitu Ibn Hibban ketika menghuraikan hadith “Cukuplah menjadi satu dosa bagi seseorang yang menceritakan segala yang dia dengari (tanpa mengkaji benar atau tidak)” [Diriwayatkan oleh Muslim – no: 5] di mana beliau telah berkata:

“Di dalam hadis ini terdapat larangan kepada sesiapa sahaja supaya tidak menyebut semua perkara (termasuk hadith) sehinggalah dia yakini itu adalah sahih” [Tamam al-Minnah Fi’ al-Ta’til ‘Ala’ Fiqh al-Sunnah – Syaikh al-Albani – kaedah no: 11]

Sekian, Wallahu-a’lam. 

Khamis, 3 Oktober 2013

Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak

Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah.


Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah.

Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak.

Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.

2. Perkembangan bahasa mereka lemah

3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.

4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.


regards,
Azim Farhan





Rabu, 2 Oktober 2013

MR BEAN MASUK ISLAM ???

Gempar - Betul Ke Mr Bean Masuk Islam? | Agak mengejutkan apabila terbaca artikel yang ringkas ini...sebuah laman web telah melaporkan yang Mr Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson telah memeluk agama Islam. Ikuti keterangan yang mendakwa Mr Bean telah masuk Islam dibawah...

Gempar - Betul Ke Mr Bean Masuk Islam?

"sungguh mengejutkan berita ini... berita daripada sumber laman web anti-israel menyebut pelakon Mr Bean, Rowan Atkinson telah memeluk islam. tiada official pengumuman daripada laman web yang boleh dipercayai setakat ini.

sama2 kita tunggu....... kita sama2 doakan semoga berita ini benar....tunggu pengumuman dari diri dia sendiri atau dari laman web yang lain.. sama2 kita tunggu.."
Menerusi laman web yang lain juga, terdapat beberapa berita mengenai Mr Bean masuk Islam....apapun kita tunggu berita/pengesahan yang rasmi nanti - [Terrible auto-translation warning]

16:20 فلسطينيو 48/ وكالات
تناقلت شبكات اخبارية على موقع التواصل الاجتماعي، وغيرها من المواقع الالكترونية صباح اليوم نبأ اعلان اسلام الفنان الكوميدي العالمي روان أتكينسون الشهير بـ “مستر بن” .
وفاجأ الفنان الكوميدي المشهور “مستر بين” الوسط العالمي والفني بإعلانه الدخول في الدين الاسلامي.
ونقل موقع “صدى بلادي” قولا لمستر بن يوضح من خلاله ان الفيلم المسيء للنبي -عليه السلام- كان سببا رئيسيا في اكتشافه لمعلم هذا الدين الحنيف، و لم يرد مستر بين التصريح للقنوات الإعلامية بذلك، اذ اكتفى برفع إصبعه بالشهادة.
وذكر بعض المصادر المهتمة وفق الموقع، أن الشيخ راشد الغنوشي راسل باسمه واسم حركة النهضة برقية تهنئة لهذا الفنان القدير مهنئين، داعياً إياه بالثبات على طريق الحق، في انتظار إرسال بعثة رسمية لتهنئته.
ويشير الموقع أن علاقة الشيخ راشد بـ”مستر بين” هي علاقة قديمة أيام كان في لندن. ولطالما كان الشيخ له خير ناصح.
ويمتاز هذا الفنان الاسطوري بموهبة لا يمتلكها اي فنان على قيد الحياة، الكوميديا الصامتة هي ملعبه الاول الذي لا ينافسه اي فنان فيها ابدا , انطلاقته كانت في المسرح وابدع في مئات الشخصيات المتنوعة لكن الجمهور لازال يطالبه بالعودة لشخصيته الفريدة (مستر بين).

Arab and international The king of silent comedy” Mr Bean” announced his conversion to Islam News networks picked up on the social networking site, and other websites morning news announcement Global Islam comedian Rowan Atkinson’s famous “Mr Bean”.

And surprised the comedian famous “Mr Bean” middle and artistic world by announcing entry in the Islamic religion.

And the relocation of “echo my” word Mr Bean shows from which the film was offensive to the Prophet – peace be upon him – was a major reason for the discovery of a teacher this true religion, and did not want Mr Bean authorizing the channels of information so, as it could only raise his finger testimony.

According to some sources, interested according to the site, Sheikh Rashid Ghannouchi Contact the name and the name of the Nahda Movement congratulatory telegram for this artist Qadeer congratulating, calling him stable on the road to the right, waiting to send an official mission to congratulate him.

The site indicates that Sheikh Rashid relationship with “Mr Bean” is related to ancient days was in London. Sheikh has long been a good mentor.

The advantage of this artist’s legendary talent does not possess any artist alive, comedy silent is the home first which is not rivaled by any artist where ever, its launch was in the theater and excelled in hundreds of figures varied but the public is still asking him to return to his unique (Mr Bean).


regards,
Domo - Help Select