Selasa, 17 September 2013

Sangkar Sugar Glider

Sangkar sugar gliders adalah salah satu komponen PENTING dalam memastikan mereka dapat rasa selesa dalam persekitaran baru mereka. Sugars anda akan meluangkan majoriti masa mereka pada waktu malam di dalam sangkar mereka dan dengan memastikan bahawa sugars anda selesa, selamat dan bebas bersenam dengan sesuka hati mereka. Faktor-faktor berikut adalah untuk pertimbangan untuk mencari sangkar yang sesuai dengan haiwan eksotik ini.


Selesa dan bebas bergerak, sangkar 3 kaki ini sesuai untuk Sugars anda

  • Saiz Sangkar

Untuk sugars, pelbagai saiz cage dibekalkan, dari 1.5 kaki sehingga 3 kaki. Namun, sangkar yang paling minimum terbaik dan untuk keselesaan optimum adalah yang bersaiz 3 kaki. Ingat, tidak ada sangkar yang mampu meniru habitat sugars seperti di hutan liar tetapi pemilik sugars sekurang-kurangnya boleh membenarkan mereka 'glide' atau menggelongsor dalam sangkar mereka dengan senang. 


Jadi, untuk peringatan dalam membeli sangkar untuk sugars;


  1. Lebih besar adalah jelas lebih baik.
  2. Tinggi adalah lebih baik daripada yang lebih luas.
  3. Sugars suka melompat dan meluncur. Mereka mungkin kecil, tetapi mereka memerlukan banyak senaman dan ruang untuk bermain.
Jadi, pastikan anda tidak menggunakan sangkar hamster atau gerbil untuk tempat tinggal sugars anda. Sangkar seperti ini tidak sesuai untuk binatang eksotik yang habitat asalnya merupakan pokok-pokok di hutan. Bayangkan betapa bezanya habitat mereka dengan apa yang kita bekalkan sugars kita.


Sugars bukan haiwan yang suka terowong yang sempit begini


Langsung tidak praktikal untuk mereka


Juga, pastikan anda mendapatkan sangkar yang banyak ruang untuk menggantung kantung tidur atau 'sleeping pouch', meletakkan 'glider kitchen' atau dapur sugars yang membekalkan air dan makanan (yang akan saya terangkan secara lanjut di dalam entri blog akan datang), roda yang sesuai untuk sugars seperti Wodent Wheel, beberapa mainan yang selamat untuk sugars, namun masih lagi membenarkan ruang yang cukup untuk mereka melompat atau 'glide' di dalam sangkar mereka tanpa halangan.

  • Keadaan dalam sangkar

Apa yang perlu dalam sangkar mereka? Yang penting adalah banyak tak semestinya bagus. Apa selalunya yang diletakkan di dalam sangkar mereka. 
Yang paling asas merupakan; 

  • Sleeping pouch atau apa jenis tempat tidur sugars yang digunakan pada waktu siang. Pastikan ianya selesa, senang dibasuh dan mudah untuk diakses oleh anda. Kebiasaannya, pemilik sugars akan menggunakan sleeping pouch yang diperbuat daripada kain fleece atau felt. Pastikan anda selalu mempunyai sleeping pouch yang berlebihan, sekiranya yang sedang digunakan terlalu kotor atau busuk.. jadi anda mempunyai 'backup' pouch untuk sugars anda. Selain dari sleeping pouches, ada juga pilihan dari tempurung kelapa, kediaman plastik yang kebiasaannya untuk hamster dan gerbil, tetapi saya menasihatkan anda supaya memilih sleeping pouches kerana ia lebih lembut, selesa dan mudah untuk anda.

  • Roda yang bersaiz besar, bukan yang selalu digunakan hamster. Guinea pigs mungkin, tetapi ada satu jenama roda yang dipanggil Wodent Wheel. Roda tersebut khas untuk sugars dan selamat untuk digunakan mereka. Ini kerana, roda biasa yang mempunyai palang, lagi-lagi jika ianya palang besi  boleh mencederakan sugars anda. Bayangkan jika ekor panjang mereka tersangkut, sugars anda boleh tercedera teruk jika roda begitu digunakan. Roda yang terlalu kecil juga tidak sesuai, kerana mereka akan membesar dan kebiasaannya roda kecil akan menyebabkan sugars untuk tergelincir keluar dari roda ketika bersenam.

  • Bekas minuman juga penting untuk sumber air mereka. Gunakan water bottle atau water feeder yang selalu digunakan untuk haiwan kecil seperti hamster. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan bekas minuman yang terdedah seperti mangkuk bulat plastik atau jenis seramik. Sugars merupakan haiwan yang membuang air tidak kira dimana-mana. Mereka tidak boleh dilatih untuk membuang air di tempat spesifik seperti sesetengah haiwan lain. Jadi gunakan water bottle berbanding mangkuk air yang terdedah agar bebas dari pencemaran najis mereka sendiri. Selain itu, untuk langkah keselamatan bekalkan dua botol air untuk mengelakkan dehidrasi yang tidak sengaja.

  • Bekas makanan yang berbeza dari segi jenis makanan yang dihidangkan. Ada pemilik sugars yang gemar meletakkan makanan kering di dalam bekas makanan untuk akses pada waktu siang jika mereka inginkan snek dan bagi makanan basah untuk bekas yang berlainan. Ini agar makanan sugars kekal segar dan tidak mudah busuk.

  • Beberapa jenis mainan untuk sugars. Untuk mencari mainan untuk sugars seperti mencari mainan untuk bayi. Mainan yang berwarna-warni dan membuat bunyi seperti loceng adalah kegemaran mereka. Ranting atau tali juga merupakan alat senaman sugars yang amat digemari mereka. Cuba meletakkan tali yang diikat dengan mudah di dalam sangkar mereka, anda akan terkejut melihat tali yang diikat dirungkai terbuka. Sugar makhluk yang bijak, dan pastikan mainan yang disediakan untuk stimulasi minda mereka selamat dan bebas dari segala faktor bahaya yang mungkin.

  • Besi/Palang/Wire Mesh Sangkar/Dawai


Jarak dawai perlu 1/2 inci diantara palang tegak dan palang yang mendatar. Palang yang mendatar sahaja atau tegak sahaja sebenarnya tidak penting. Bahagian yang penting ialah memastikan wayar tidak lebih daripada 1/2 inci jika palang tidak bersilang. Sugars yang kecil atau Joeys boleh keluar melarikan diri melalui celah palang jika jaraknya lebih dari 1/2 inci walaupun hanya luas sedikit daripada itu. Jadi anda perlu prihatin akan keadaan palang sangkar yang akan dibeli.

  • Sangkar yang diperbuat dari jenis apa

Terdapat beberapa bahan-bahan yang boleh digunakan untuk sangkar sugars dan terdapat juga beberapa bahan yang tidak sesuai.

Jika anda akan membeli sangkar atau membuat sangkar menggunakan kayu, pastikan kayu untuk tujuan hiasan sahaja dan di luar sangkar. Jika sugars mempunyai akses kepada kayu, bukan sahaja mereka akan menggigit, tetapi mereka juga akan kencing di atasnya, menjadikannya berbau busuk.

  • JANGAN membeli atau membuat sangkar menggunakan keluli bergalvani. Air kencing sugars akan menyebabkan tindak balas kimia dengan keluli bergalvani, yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing atau UTI (Urinary Tract Infection).
  • JANGAN menggunakan sangkar yang diperbuat daripada aluminium.
  • JANGAN membuat sangkar daripada kain perkakasan.
Jika anda mahu membuat sangkar DIY, dawai PVC merupakan bahan yang sangat popular untuk digunakan. Anda mungkin boleh mencarinya di kedai perkakasan tempatan, kedai makanan haiwan, atau syarikat membuat pagar.



Baiklah, setakat ini sahaja untuk apa yang anda perlu tahu tentang sangkar sugars. 

regards,

Ekor Sugar Glider dan Pantang Larangnya

Hello readers, hari ini Azim Farhan akan bercerita sedikit mengenai ekor Sugar Glider dan beberapa pantang larang mengenai ekor mereka.
Aww.. comelnya!

Ekor suggies membantunya ketika ia memanjat, dan membantu mereka mengemudi di udaraapabila ianya meluncur/'glide'. Ekor suggies boleh memegang atau membawa objek, seringkali untuk dibawa balik ke sarang mereka. Namun mereka tidak mampu memegang objek yang berat kerana ekor mereka tidak sekuat mana.

Apa terjadi pada suggies jika ekor mereka tiada? (kerana surgeri/penyakit/kemalangan)

  • Mereka mungkin tidak dapat melompat/takut untuk melompat dengan baik. Dan jika mereka menggelungsur/'glide', ia mungkin kurang koordinasi dan tidak tepat ketika melompat dan mendarat untuk jarak jauh.
Suggie pertama direkod memegang objek.

Kebanyakan ekor suggies berukuran sama, atau panjang sedikit daripada ukuran badan mereka.Apabila suggies tidur, mereka boleh melentur ekor mereka untuk menutup sekeliling badanmereka untuk kekalkan haba.

Ada ekor yang jenis tegak ketika suggie aktif bermain, dan ada yang curl/mengerekot. Ini bukan isu besar atau masalah kesihatan yang perlu dirisaukan. 

Ekor suggie ada yang memang kembang betul-betul, dan ini menandakan bahawa suggie itu sudah cerai susu dari ibunya dan berumur sekurang-kurangnya 2 bulan OOP dan bukan underaged/bawah umur. Apabila dewasa, ada sesetengah suggie yang bulu ekornya tak kembang sangat-sangat kerana memang jenis bulu ekornya begitu. Jadi jangan la risau sangat nak mengembangkan bulu suggie. Kadang-kadang kita terbawa-bawa juga untuk menggebukan dan menggemukkan mereka padahal caranya hanya memberikannya diet pemakanan yang seimbang dan meyeluruh. HPW, buah, sayur adalah wajib. HPW adalah kebiasaan lazim di Malaysia. Sekarang ni pun kita dah ada produk buatan Malaysia kita sendiri.. GliderSlurp. Makanan selain daripada HPW dan slurp saya tak iktiraf jadi berhati-hati dengan memilih jenama makanan suggie anda. Kalau tak tahu jenama, tak pasti isi kandungan, tak ada pengiktirafan pakar vet sugar glider, jangan beli. 


Perkara yang perlu dibawa perhatian:  


  1. Jangan sekali-kali menggantung atau menarik, suggies melalui ekor mereka (ia boleh menyebabkan kecederaan serius). Jika anda mendapati bulu, atau apa-apa kecederaanpada ekor, anda perlu pergi kepada pakar veterinari haiwan yang berpengalaman.
  2. Jangan gunakan roda mainan yang mempunyai palang, yang biasa digunakan oleh gerbil dan hamsters. Ini boleh menyebabkan kecederaan serius pada ekor suggies jika tersangkut. Gunakan jenama yang selamat dan sudah dicop HALAL  hahaha- Wodent Wheel, Wobust Wheel etc. Roda mainan seperti yang tersebut adalah lebih besar berbanding roda biasa. Dan ia memang khas untuk Sugar Gliders. Anda sudah ada belum?
  3. Ada suggies yang tak berkenan bermain roda mainan, seperti baby saya (lambat kenalkan pada roda mainan). Namun, jangan risau.. anda boleh mengajar mereka untuk suka bermain di dalamnya. Pasti ada cara- masukkan suggies, perlahan-lahan gerakkan roda supaya mereka mula berjalan. Bila mereka sedar apa kegunaannya, pasti mereka tidak akan berhenti bermain!


Dan jangan lupa like, komen, dan share entri ini..

regards,

Azim Farhan

Perubahan Fizikal Sugar Glider Jantan/Betina Ketika Matang


Hello readers, Azim Farhan disini.. dalam entri ini saya akan menerangkan perubahan pada badan sugar glider jantan dan betina ketika ia mencapai usia matang / semakin tua dan membesar.




Tentang sugar glider jantan

  • Usia matang sugar glider jantan kebiasaannya pada bulan ke-5 dan ke atas.
  • Perubahan fizikal suggie jantan termasuk zakar terbelah duanya/bifurcated penis akan selalunya terkeluar. Suggie jantan akan selalu dilihat membersihkan zakarnya seperti manusia 'flos' gigi. Jangan  risau, ini normal. Hujung zakarnya akan ternganga keluar kebanyakan masa. Jika anda ingin memasukkannya kembali, anda boleh mengambil tisu basah dan 'stimulate'/mengeletek anunya. Suggie jantan akan memasukkan zakarnya perlahan-lahan dan ada juga kemungkinan dia akan membuang air sekali. Jadi jika nampak benda keluar dari lubang buntut suggie tu jangan ingat ulat/cacing dan cuba nak menariknya keluar! Habislah kejantanan suggie anda..hahaha!

(Peringatan: Jika zakar suggie jantan keluar lebih dari 24 jam, setelah cuba dimasukkan pun kekal diluar juga, ini boleh mendatangkan mudarat kerana ia boleh menjadi kering/'dehydrated' dan kelukaan pada zakarnya boleh terjadi. Beli KY Jelly dari farmasi dan letak pada zakarnya. Dan cuba masukkan ke dalam balik guna teknik yang saya beritahu tadi. Jika tak berhasil, bawa suggie jantan anda ke vet secepat mungkin.)
  • Selain dari zakar terkeluar, kepala atau bahagian dahi suggie jantan akan mula kelihatan botak. Selain itu, bahagian dadanya juga akan mula botak dan bulunya akan nampak kesan darah kering seperti dicabut suggie itu sendiri. Ini normal juga kerana bahagian-bahagian ini sebenarnya tempat suggie jantan mengeluarkan bau/'scent'/'musk' mereka. 

Cuba perhatikan bila suggie menggesel badan dan kepala mereka di sangkar/mainan/badan suggie lain, itu sebenarnya cara mereka menanda kawasan mereka.
  • Bola/skrotum suggie jantan akan tergantung lebih jauh dari badan mereka. Nampak cam nak putus je, tapi okay, normal je sebenarnya. Jangan tarik sudah. LOL


Tentang sugar glider betina
  • Suggie betina matang pada usia muda 5 bulan dan ke atas, mengikut suggie masing-masing.
  • Suggie betina boleh mengandung dari usia 5 bulan ke atas. Tetapi, umur paling sesuai untuk suggie betina membiak adalah 10-12 bulan. Ini kerana jika suggie betina bunting pada usia muda, ada kemungkinan dia tak bersedia untuk ada menjaga joey/anak, dan ada risiko dia makan/'cannibalize joey tersebut. 
  • Kenapa suggie betina tak boleh/sesuai mengandung pada usia muda? Sepertimana anda tahu, suggie memerlukan 70% ++ protin dalam diet. Dan suggie betina yang baru hendak membesar juga masih memerlukan protin dan tenaga yang banyak. Jika ia mengandung, protin tersebut akan digunakan untuk menyusu dan membesarkan joey di dalam perut dan kantung. Jadi suggie betina akan kurus dan nutrien dalam badan diserap pada joey. Ini boleh menyebabkan suggie betina mengalami pelbagai penyakit kronik seperti Hind Leg Paralysis (HLP)  >>KLIK SINI<< untuk lebih lanjut.
  • Tiada perubahan fizikal yang ketara.
  • Mungkin pouch/kantung suggie betina akan kelihatan lebih berbulu bila ia meningkat usia



Baiklah, itu sahaja readers. Jangan lupa like page Azim Farhan ^_^

regards,

Senarai Makanan Selamat untuk Sugar Gliders

Hello readers, Azim Farhan di sini.. entri ini akan memberitahu anda tentang buah-buahan dan sayur-sayuran yang selamat untuk dimakan oleh sugars anda. Saya juga akan selitkan info nisbah kalsium dan fosforus yang terkandung dalam setiapnya. 

  • Pemberian nisbah ratio kalsium dan fosforus amat penting untuk memastikan sugars anda hidup lama dan sihat. Rajin-rajin la mentelaah dan menghafal semua makanan yang selamat untuk sugars anda, mana tahu jika anda sedang makan tengahari di restoran dan anda ingin berkongsi timun atau tomato yang terselit dalam nasi goreng anda.. anda tidak perlu lagi ragu samada sugars anda boleh memakannya atau tidak. enjoyyyy!!


Senarai buah-buahan yang selamat


*Tahukah anda epal penyebab UTAMA sugar gliders menghidap penyakit lumpuh kaki?
  1. Epal (Banyak penjual suggies rekomen makan buah ini, namun ianya tinggi kandungan fosforus. Kandungan fosforus yang tinggi boleh menghalang penyerapan kalsium dalam tubuh badan suggies. Apabila kalsium kurang, kalsium yang sedia ada di dalam tulang suggies akan diserap dan apabila itu berlaku, tulang suggies akan rapuh. Baca Pengetahuan Asas: Penyakit Lazim Sugar Gliders >>KLIK SINI<<, bahagian HLP (Hind Leg Paralysis)
  2. Aprikot
  3. Buah Pear
  4. Apokat/Avokado
  5. pisang
  6. beri hitam
  7. blueberry
  8. buah Sukun
  9. tembikai
  10. ceri
  11. kelapa
  12. anggur
  13. kranberi
  14. Kurma
  15. Jeruk Bali
  16. jambu Batu
  17. Tembikai susu
  18. nangka
  19. Buah Kiwi
  20. Buah Kumkuat
  21. Buah lemon
  22. Kulit lemon
  23. limau mandarin/cina
  24. kulit limau mandarin/cina
  25. longan
  26. mangga
  27. betik
  28. Buah Markisa
  29. pic
  30. pear
  31. nanas
  32. pisang (Juga tinggi fosforus, jangan beri dalam kuantiti yang banyak.. ia boleh membuat bulu suggies gugur, seterusnya melemahkan badan sugar gliders dan langsung mati)
  33. plum
  34. Buah delima
  35. prun
  36. Buah Pomelo
  37. kismis
  38. raspberi
  39. Bunga Roselle
  40. Durian (Tak bagus kalau bagi banyak sangat. Tapi dinasihatkan tak bagi langsung kerana buah ini pada manusia pun boleh menjadikan orang itu panas dan tak selesa. Akibatnya pada suggies mungkin teruk dan ia dikatakan juga boleh menyebabkan kematian) Jadi toksahlah beri depa makan durian bila nak musim nanti. Makan sendiri je la ye!
  41. strawberi
  42. tomato
  43. tembikai
  44. Buah Tin



Ini pula senarai sayur-sayuran yang selamat
  1. Asparagus
  2. Alfalfa Pucuk
  3. Amaranth
  4. rebung
  5. bit hijau
  6. bit
  7. Kacang Hitam
  8. Pak Choy
  9. brokoli putih (tak bagus banyak-banyak)
  10. Burdock Akar
  11. Skuasy Butternut
  12. sayur kubis
  13. lobak merah
  14. daun Saderi
  15. chayote
  16. chicory hijau
  17. sayur kubis Cina
  18. Collard hijau
  19. ketumbar
  20. jagung
  21. Cowpeas
  22. timun
  23. Dandelion hijau
  24. Dock
  25. terung
  26. Kacang Perancis
  27. Akar halia
  28. kacang hijau
  29. Salad (Butterhead)
  30. Salad (gelap hijau daun)
  31. Salad (aisberg)
  32. Salad (Red)
  33. Salad (Romaine)
  34. serendeng Kacang
  35. cendawan
  36. sawi hijau
  37. Bayam sawi
  38. sayur kubis
  39. bendi
  40. daun pasli
  41. Parsnips
  42. Peas
  43. kentang
  44. labu
  45. lobak
  46. Red Peppers
  47. Rutabagas
  48. Snow Peas
  49. kacang soya Bean
  50. Skuasy spageti
  51. bayam
  52. Skuasy
  53. Sweet Peppers (Green)
  54. Sweet Peppers (Red)
  55. ubi keledek
  56. Swiss Chard
  57. tauhu
  58. lobak
  59. lobak hijau
  60. seladri air
  61. Skuasy Winter
  62. keladi
  63. Wax Kacang Kuning
  64. timun Jepun
  65. Brokoli hijau (tidak bagus bagi banyak-banyak)



  • Ada beberapa buah dan sayur import yang telah saya buang dari senarai kerana buah atau sayur tersebut sukar didapati di Malaysia. 
Baby sugar saya. Tapi tu epal saya, bukan dia yang gigit!


Peringatan readers! Ini cuma senarai mudah dan untuk Newbies atau pemilik sugars yang baru mula membela mereka
Perlu diingat apabila memilih buah-buahan dan sayur-sayuran untuk sugars anda, walaupun sesuatu itu selamat dimakania tidak bermakna  ia patut diberi secara berlebihan kerana terlalu banyak dengan sesuatu yang bagus adalah tidak elok.
 Bayangkan coklat sebagai contoh, jika anda makannya, baik untuk hati dan mengurangkan stres. Jika berlebihan, obesiti pula akan menggantikan segala yang baik itu. 



  • Jadi jika anda sayang lebih dekat sugars anda, pastikan apa jenis makanan yang bagus atau tidak patut diberi secara berlebihan agar diet pemakanan mereka seimbang. 


Oh, satu lagi! Ini dia makanan yang perlu dielakkan untuk sugars;

Tauhu dan produk kekacang soya: 
Penyelidikan pada beberapa haiwan lain menunjukkan tauhu boleh memberi kesan negatif kepada sistem penghadamanSetakat inikesan negatif ke atas sugars belum lagi terbukti. Namun sesetengah penternak sugars membantah tauhu sebagai makanan sugars kerana ia merupakan sumber protin daripada kekacangdan bukannya daging atau serangga. Jadi, ia lebih selamat untuk hanya memberi cebisan ayam kepada sugars sebagai sumber protin mereka.

Anggur & Kismis
Mungkin ada benda yang mengaitkan anggur dan kismis dengan kegagalan buah pinggang dalam sugars (serta binatang peliharaan lain).

Biji benih, kulitdan sisa biji buah-buahan
Buang biji dari mana-mana buah-buahan yang anda berikan sugars anda. Biji benih, kulitdan sisa biji buah-buahan tidak baik untuk sugars, namun sugar gliders kebiasaannya bijak untuk meninggalkannya dan tidak memakannya. Yay untuk sugars!




Baiklah, itu sahaja mengenai makanan selamat untuk sugars. Mungkin selepas ini saya akan membuat post mengenai makanan yang tidak selamat pula. Beri cadangan jika anda mahu saya menulis tentang apa yang anda mahu, mungkin saya akan tulis mengenainya. Sehingga itu, komen, share atau like post saya jika anda suka.  

regards, 

Domo - Help Select