Ahad, 22 September 2013

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...




Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Blaptica Dubia Roaches



1) Pakej Koloni :

A. 4 Betina + 1 Jantan + 35 Nymph (anak)

@ Rm50 Nett 



B. 7 Betina + 2 Jantan + 15 Juvie (remaja)"percuma" + 50 Nymph (anak)

@ Rm80 Nett 



C. 12 Betina + 4 Jantan + 35 Juvie (remaja)"percuma" + 130 Nymph (anak)
@ Rm140 Nett
D. 25 Betina + 6 Jantan + 60 Juvie (remaja)"percuma" + 350 Nymph (anak)
@ Rm270

+ RM10 untuk pos laju :)
+ RM20 untuk Sabah & Sarawak :D



_____________________________________________________________________________________________


Bagaimana untuk membuat pesanan? - Call/WeChat/WhatApps atau SMS saya di 019-2893213 , beritahu saya pakej mana yang awak suka. - Kemudian sertakan slip pembayaran , alamat & nombor telefon . (MMS "jelas" atau Scan)


Klik sini untuk >>PESANAN ATAU PERTANYAAN <<





regards,

Cukup Ke Tidak SG Anda Makan ???

Assalamualaikum , di sini Azim Farhan ade tips sikit nak kongsi :)


Jika terdapat sedikit lebihan makanan utk pagi berikutnya tandanya cukup makanan diberi dan juga semua sihat berselera. Kalau habis licin, mungkin bermakna tak cukup dan anda kena tambah sikit lagi utk makanan malamnya. 

Kena pastikan suggies makan ke tidak kerana kemurungan dan tak mahu makan boleh menjurus kepada pelbagai masalah lain.

regards,

Kisah Dunia Laut

Laut meliputi 70% dari permukaan bumi. Bila kita fikir tentang haiwan yang tinggal di laut, kita selalu terfikir tentang ikan. Sudah tentu yang tinggal di laut adalah ikan, tetapi banyak lagi haiwan yang menjadikan laut sebagai tempat tinggalnya seperti reptilia, mamalia, krutasia dan sebagainya.
Indah kan pemandangan di dunia lautan ^_^



Terdapat 15,000 jenis ikan yang hidup di laut dan kebanyakannya hidup secara berkumpulan. Ikan-ikan biasanya berenang bersama-sama demi keselamatan mereka. Kebiasaanya badan ikan dipenuhi sisik, iaitu kepingan kulit keras seperti tulang yang bertindih antara satu sama lain.
Ada juga ikan yang rupanya sangat aneh dan berbeza. Satu contoh ialah ikan 'mola mola' yang juga merupakan ikan yang sangat berat - ikan 'mola mola' dewasa adalah seberat sebuah kereta Proton Wira, iaitu lebih kurang 1,000 kilogram atau 1 tan!
Ikan Mola-Mola



Mengapa kiita manusia tidak dapat bernafas di dalam air seperti ikan? Ikan bernafas melalui insang dan bukan paru-paru. Oksigen yang larut di dalam air akan diserap oleh ikan apabila air itu melalui insang.


Ini berbeza dengan ikan lumba-lumba. Sebenarnya ikan lumba-lumba tidak boleh bernafas di dalam air kerana ia sejenis mamalia. Tapi bagaimana ia dapat hidup di dalam air? Ikan lumba-lumba perlu ke permukaan air selang beberapa minit dan bernafas melalui lubang udara di atas kepalanya. Ikan lumba-lumba hidup berkumpulan dan gemar melompat keluar dari air dan boleh mencapai 16 kaki tinggi! Ikan lumba-lumba ialah haiwan yang bijak. Ia boleh berkomunikasi dengan memngeluarkan bunyi yang nyaring, membuat bunyi 'klik' dan juga bersiul.

Gambar ikan lumba-lumba yang sebenarnya bukan ikan tetapi mamalia
.

Tahukah Anda:

Contoh mamalia lain yang hidup di air ialah ikan paus dan dugong! Mamalia di darat pula adalah seperti gajah, harimau, tikus, dan kucing.

 
Udang Galah (Lobster)

Bukan semua haiwan yang di laut boleh berenang, contohnya udang galah. Udang galah ialah sejenis haiwan krustasia, iaitu haiwan yang berkulit keras dan bersegmen-segmen. Udang galah menpunyai 10 kaki, sepasang penyepit yang menakutkan dan ia berjalan di dasar laut. Apabila seekor udang galah berasa terancam, ia akan berundur dengan laju dan bersembunyi di bawah batu. Udang galah keluar pada waktu malam untuk makan hidupan yang telah mati di dasar laut. Contoh krustasia yang lain ialah ketam dan kutu kayu.

Ketam boleh didapati dilautan dan didaratan

Penyu juga menghabiskan banyak masanya di laut kerana penyu adalah haiwan pengembara! Penyu boleh berenang beribu-ribu kilometer hanya untuk bertelur. Penyu menggunakan kaki depannya yang leper untuk mengorek lubang di pasir pantai kelahirannya untuk bertelur. Penyu bernafas menggunakan paru-paru dan bukan insang seperti ikan, tapi penyu boleh berada di dalam air selama hampir 5 jam! Walaupun penyu mungkin hampir kelihatan seperti kura-kura, tetapi penyu tidak boleh menyembunyikan kepalanya. Penyu adalah contoh haiwan reptilia seperti buaya dan ular.
Gambar penyu mengembara lautan luas.



Terdapat banyak lagi hidupan lain selain daripada haiwan yang dinyatakan di atas. Mana satu haiwan laut kegemaran anda?
Obor-obor adalah satu lagi haiwan laut yang unik dan pelbagai.


regards,
Domo - Help Select