1 REJAB 1432
Adalah wajib beriman kepada semua kitab yang diturunkan ALLAH kepada para Nabi pilihan NYA. Tidak semua Nabi diberi kitab. Ada Nabi diberi sukhuf sahaja. Ada Nabi diberi kitab dan juga sukhuf. Begitu juga tidak semua Nabi yang diberi kitab itu membawa syari'at (undang-undang).
SUKHUF
Sukhuf adalah lembaran-lembaran yang tidak lengkap. Menurut para ulama, terdapat 110 sukhuf yang diturunkan kepada beberapa orang Nabi. Para Nabi yang menerima sukhuf ada 5 orang sahaja.
Nabi-Nabi yang menerima sukhuf.
1) Nabi Adam as. menerima 10 sukhuf.
2) Nabi Idris as. menerima 30 sukhuf.
3) Nabi Shith as. menerima 50 sukhuf. ~ *Nabi Shith adalah cucu Nabi Nuh as.
4) Nabi Ibrahim as. meneriam 10 sukhuf.
5) Nabi Musa as. menerima 10 sukhuf.
KITAB
Wajib beriman kepada 4 buah kitabullah yang utama yang diturunkan kepada 4 orang Nabi pilihan. Tidak semua kitab yang diturunkan kepada para Nabi mengandungi syari'at atau undang-undang. Dan tidak semua Nabi yang diberi kitab akan menjadi Rasul iaitu menyebarkan syari'at.
Bagi umat Nabi Muhammad saw. kita hanya wajib perpegang kepada syari'at Islam yang terkandung di dalam kitab al-Quran. Ini adalah kerana kitab-kitab yang lain yang ada pada hari ini telah diubah suai isi kandungannya oleh tangan manusia.
Nabi-Nabi yang menerima kitab ada 4 :-
1) Nabi Daud as. menerima kitab Zabur.
Kitab Zabur
Kitab Zabur adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Daud as. dalam bahasa Qibti. Kitab Zabur adalah untuk orang-orang Subha. Kitabnya besar tetapi tidak mengandungi sebarang hukum syari'at mengenai kewajipan beribadat mahupun perintah suruh atau larangan. Kitab Zabur hanya mengandungi doa-doa, pujian-pujian serta zikir-zikir kepada ALLAH serta cerita-cerita dari wahyu ALLAH. Maka itu Naib Daud as adalah Rasul yang tidak membawa kepada kaumnya.
2) Nabi Musa as. menerima kitab Taurat.
Kitab Taurat
Diturunkan kepada Nabi Musa as. dalam bahasa Ibrani (Hebrew) untuk kaum Yahudi. Ia mengandungi hukum hakam syari'at dan juga akidah. Syari'at Taurat disebut dengan nama 10 perjanjian.
3) Nabi Isa as. menerima kitab Injil.
Kitab Injil
Diturunkan kepada Nabi Isa as. dalam bahasa Syriani untuk kaum Nasrani (Kristian). Kitab Injil mengandungi syari'at, akidah serta perkhabaran tentang kelahiran Nabi akhir zaman.
4) Nabi Muhammad saw. menerima kitab al-Quran.
Kitab al-Quran
Diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. dalam bahasa Arab bagi semua kaum dan bangsa yang ada di atas muka bumi ini termasuk sekelian manusia dan jin. Al-Quran merupakan mukjizat serta penawar kepada manusia dan akan tetap terpelihara oleh ALLAH swt sampai Hari Kiamat. Mengandungi ajaran akidah, syari'at, cerita-cerita serta perkhabaran tentang kedatangan kiamat serta keadaan di Hari Pembalasan. Mudah dibaca dan dihafal walau tidak fasih berbahasa Arab. Bahasa al-Quran adalah bahasa Syurga.
SYARI'AT
Syari'at adalah hukum atau undang-undang ALLAH yang diturunkan kepada Nabi-Nabi pilihan supaya disebarkan dan disampaikan kepada umat. Nabi-Nabi yang menerima syari'at diberi pangkat Rasul. Tetapi tidak semua Nabi yang membawa syari'at diberi kitab dan tidak semua Nabi yang diberi kitab akan membawa syari'at.
Susunan para Nabi dengan sukhuf, kitab dan syari'at.
1) Nabi Adam as.
- menerima 10 sukhuf
- tidak diberi kitab
- membawa syari'at pertama bagi manusia
- seorang Rasul
- menerima 30 sukhuf
- tidak diberi kitab
- tidak membawa syari'at
- bukan seorang Rasul
- menerima 50 sukhuf
- tidak diberi kitab
- tidak membawa syari'at
- bukan seorang Rasul
- tidak menerima sukhuf
- tidak diberi kitab
- membawa syari'at kedua bagi manusia
- seorang Rasul
- menerima 10 sukhuf
- tidak diberi kitab
- membawa syari'at
- seorang Rasul
- tidak menerima sukhuf
- diberi kitab Zabur yang mengandungi zikir dan puji-pujian terhadap ALLAH sahaja.
- tidak membawa syari'at
- bukan seorang Rasul
- menerima 10 sukhuf
- diberi ktab Taurat yang mengandungi hukum hakam bagi kaum Yahudi.
- membawa syari'at bagi orang Yahudi
- seorang Rasul
- tidak menerima sukhuf
- diberi ktab Injil yang mengandungi hukum hakam bagi kaum Nasrani.
- membawa syari'at bagi orang Nasrani
- seorang Rasul
- tidak menerima sukhuf
- diberi kitab suci al-Quran yang mengandungi hukum hakam bagi semua umat manusia.
- membawa syari'at Islam
- seorang Rasul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan