KEPADA PEMBELI YANG NAK HARGA MURAH INI KESANYA
Massbreed environment: Gliders induk diletakkan dalam tempat (sangkar) yang tidak memenuhi standard yang sesuai (kecil), tempat tidur yang minima (normally tempurung kelapa), diberi pemakanan yang murah dan tidak sesuai, tidak dijaga dengan baik, interaksi dengan manusia yang minima (owner memakai sarung tangan untuk handle), persekitaran yang kurang bersih. Semua ini bertujuan untuk meminimakan kos dan meningkatkan kuantiti bagi tujuan mendapat keuntungan maksima.
Joeys dari massbreed: Joeys (anak) dipisahkan dari induk pada usia yang muda (2 minggu setelah keluar dari kantung ibu atau 4 minggu setelah joey dah mula makan sendirinya) untuk menggalakkan lagi pembiakan oleh induk, trauma (tidak belajar dari induk cara-cara membiasakan diri dengan manusia, jadi lebih susah nak jinak), pertumbuhan terbantut atau lambat dan tidak cukup imunasi (saiz yang kecil dan kemungkinan mati lebih tinggi kerana mudah diserang penyakit disebabkan tidak mendapat zat susu ibu secara keseluruhan), hampir separuh daripada joeys yang terhasil akan mati sebelum atau selepas berada dalam tangan owner baru, pembeli tidak tahu latar belakang joey (parents, keturunan) dan ada kemungkinan joeys daripada induk yang sama atau related (inbreeding), harga lebih murah
Kesan membeli massbreed gliders: Lebih "challenging" dan susah untuk dijaga dan dijinakkan, owner terpaksa menziarahi vet lebih kerap, menggalakkan inbreed dan seterusnya owner baru tidak sedar keturunan gliders akan breed dan mendapat joey yang kurang bagus dari segi kualiti (lebih kecil, cacat, imuniti yang rendah), duit yang diberi dalam pembelian menggalakkan lagi massbreeders breed dan menghasilkan joeys baru untuk dijual.Kebanyakan owners sekarang mempunyai gliders induk yang dari massbreed. Gliders yang dibeli dari usia joey dijinakkan dan dianggap sebagai pet. Ini bukan bermakna glider itu homebreed setelah jinak dan bonded dengan manusia.Homebreed gliders bermaksud ANAK kepada gliders yang dah dijadikan pets - owner yang ingin menjual homebreed gliders boleh memberitahu pembeli data mengenai parents kepada homebreed sugar glider tersebut, tarikh OOP (joey keluar dari kantung ibu), dan joey DAN parents biasa dengan manusia.The best way untuk tau homebreed joey ialah melalui booking method. Interested owner books joey dulu (tidak boleh terus ambil sebab masih tak cukup umur untuk dipisahkan dari ibu), pada masa sama boleh melihat perkembangan joey tersebut (melalui gambar atau paling baik, house visit).
Cara-cara mengenal pasti massbreed:
1) Joey bersaiz kecil, tidak aktif, ekor tidak fluffy, kerap crabbing, cuba untuk lompat lari (mana-mana kombinasi)
2) Joey tidak berada bersama-sama ibu bapa, selalunya diletakkan bersama-sama joeys lain dalam 1 sangkar (disebabkan dipisahkan untuk galakkan ibu bapa mengawan segera)
3) Penjual rela menghantar daripada membenarkan pelanggan melihat tempat breeding
4) Pelanggan boleh memilih antara banyak joeys
5) Tiada tarikh OOP yang jelas (out of pouch)
6) Penjual kurang arif apabila ditanya mengenai fakta penjagaan dan memberi fakta kurang tepat (terutamanya dari segi pemakanan)
7) Penjual kata joeys dari Australia.
8) Joeys boleh diborong dalam jumlah banyak.
regards,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan